Wednesday, June 19, 2013

MIL dan Smart Phone


Alkisahnya.
Sebenarnya dah lama perasan dia tak pegang phone Galaxy Ace dia. MIL nih mmg jenis suka letak barang kat dalam almari baju dia. Tak pun dalam almari baju Ummi Abi. Dalam peti ais pun ada mainan. Mainan panas katanya. huhuhu

So tetiba malam ni tertanya plak dia " Abang Ilman, mana phone abang Ilman?"..
MIL : Abang Ilman buang!
Ummi & Abi : Buang? buang kat mana?

Masa ni ingat dia main2. Tapi muka dia serius gila. Ingat dia nak jawablah buang kat tong sampah.
Tahu tak dia buang kat mana? huhuhuu

MIL : Abang Ilman buang kat bawah tu..
(sambil tunjuk kat jendela.)

Ummi: Kenapa buang? Bila Abang Ilman buang?
MIL : Sebab Abg Ilman tak mau..Lama dah..masa Atuk ngan Nenek ada tuh..

Hoho..nih mesti masa dia kene chicken pox middle of May arituh..memang terbaik..Nak g carik mmg dah tak jumpa. Tingkat 7 kot umah kitaorang nih. Rupa2 banyak jugak mainan lain yang dia buang ikut tingkap tuh. Nasiblah kalo terkena kepala orang. Harap2 taklah. 

Bosan sangat ke dok umah? sampai nak buang barang? ke ni salah satu tantrem dapat adik?

So, terpaksalah Ummi g terminate no. tepon tuh. Lepas dok tanye2 tuh..sempat klagi dia cakap...dia nak yang baru. Cakap kat Abi dia plak tuh. Sabar jelah...

Tuesday, June 18, 2013

Exclusive Breast Milk - Breast Feeding Journey with Ilman & Ruhil


Assalamualaikum dan salam sayang semua.

Hari nih nak share breast feeding journey saya. Sebenarnya benda ni dah mula since anak sulong lagi. Tapi masa tuh takde nak beblog2 sgt...cukup sampai buat tajuk blog jer."MyPreciousLutfi"..hahahaha. Tapi tak sempat nak menulis..Encik Ilman Lutfi (MIL) nih exclusive sgt..nak kene pegang je 247. huhuhu..tuh yang niat nak berblog and menulis pasal dia tertangguh tuh..sampailah dapat Si Ruhil Deena(RD) nih.

Ruhil Deena



Ruhil & Ilman

Okey kembali pada tajuk..EBM. Alhamdulillah, saya sempat EBM anak sulong saya MIL selama setahun..pastuh campur2 susu sampai umur dia 2 tahun. So saya target RD pun saya mampu supply EBM sampai umur setahun atau lebih.

Haa...gambar kat bawah ni merupakan set yang saya guna untuk pam susu kat opis. seriously, dengan bantuan gajet2 ni..saya cuma perlukan 15min untuk dapat hasil 9oz ~ 12oz untuk sekali sesi mengepam. Alhamdulillah...ni untuk RD..masa MIL dulu, sekali sesi mengepam dapat dalam 7-8oz je. Beza kan? Gajet yang di gunakan adalah sama. Stok EBM MIL dulu ada 2 hari je. Ibarat kais pagi makan pagi kais malam makan malam...hehehe..boleh ke guna peribahasa nih??? Bila dengar kene pegi team building ke, oustation ke..dah menggelabah...mulalah nak tulis surat bagi reason anak menyusulah..apalah...hahahaha..lucu plak rasa. Tapi stok susu RD sekarang nih agak2 kalo kene pegi training seminggu dua..no hal lah..mmg cukup. Alhamdulillah, rezeki RD. Lagi satu, masa bersalinkan RD nih dah bijak sikit..seminggu sebelum masuk keje dah buat stock. :).

Gajet:
 

 Jumlah untuk satu sesi mengepam (1 botol ~ 3 oz)
 

Tapi masa MIL dulu mmg x amik apa2 vitamin pun untuk support badan. mmg bergantung pada susu anmum dan drp pemakanan seharian yang kadang2 tu tak berapa nak lengkap. hehe. Penat  xyah cakapla kan masa tuh. Tambah pulak my precious MIL mmg tak mau berenggang. Sekarang ni Alhamdulillah, BF journey with RD lebih terurus. Penat berkurang..susu bertambah..tak stress. Bila badan tak penat, perasaan tak stress, alhamdulillah BF journey saya lebih menarik. Terima kasih shaklee untuk itu. Untuk vitamin2 saya amik leh check:
www.butikvitamin.blogspot.com









Thursday, June 6, 2013

VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Perlu ke vitamin/ makanan tambahan untuk menambah kuantiti susu?

Sangat penting untuk mommies sekalian memahami konsep asas penyusuan. " LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN / LEBIH KERAP SESI PERAHAN, LEBIH BANYAK SUSU AKAN DI HASILKAN". Pastikan jugak anda mengosongkan payudara anda setiap kali sesi perahan / penyusuan. Ini dapat membantu penghasilan susu yang lebih cepat.

Selalu di salah anggap bahawa pengambilan vitamin / susu tambahan boleh menambah kuantiti susu. TIDAK sesekali ye puan2 sekalian. Jangan sesekali tersalah anggap!!!

TAPI...
pengambilan vitamin dan susu tambahan amatlah penting bagi memastikan tubuh badan mommies sekalian sihat dan sentiasa bertenaga. Ini secara langsung dapat membantu penghasilan susu untuk si kecil anda.

KEMURUNGAN, TEKANAN, dan KELETIHAN...boleh menyebabkan penghasilan susu anda merudum. Jadi, untuk memastikan anda dapat membekalkan susu optimum untuk bayi anda, anda harus sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat untuk menyusukan/ membekalkan susu unuk bayi anda.

Di sinilah pentingnya vitamin / makanan tambahan untuk memastikan anda dapat membekalkan susu yang secukupnya untuk bayi sihat. Mommies sihat dan cergas menjamin kejayaan penyusuan kepada bayi.

Sila lawati untuk vitamin ibu menyusu.
Vitamin untuk ibu menyusu











Sunday, January 6, 2013

TIPS MENYUSUKAN ANAK DI AWAL KELAHIRAN

" SEMUA IBU MAMPU MENYUSUKAN ANAK ". Ungkapan ni amat penting untuk memberi motivasi pada semua bakal ibu. 

Di awal kelahiran bayi, jangan bertangguh untuk terus memperkenalkan puting susu anda kepada bayi anda. JANGAN berharap susu anda akan keluar mencurah2 pada ketika ini. JANGAN panik jika anda hanya melihat cecair kuning keemasan sahaja menghiasi puting susu anda. Itulah colostrum, cecair yang akan memberi perlindungan yang amat penting kepada bayi. Ianya memang sedikit, tapi percayalah, itulah dos yang diperlukan oleh bayi anda!!! Apa yang penting, teruskan menyusu setiap kali bayi anda terjaga.

Susu berwarna putih atau mungkin kelihatan sedikit kuning keemasan akan keluar pada hari ke-2 kelahiran dan berterusan sehingga 2 minggu. Pada ketika ini kekerapan bayi anda menyusu akan semakin bertambah. (1-2 jam sekali). Payudara mungkin akan membengkak dan mengeras. JANGAN bimbang, kekerapan penyusuan kepada bayi atau tuam payudara anda dengan pek ais boleh mengurangkan bengkak.Anda juga mungkin akan mengalami masalah puting susu berdarah. Ini adalah kerana pelekapan mulut bayi anda pada payudara tidak betul. INGAT, bayi menyusu di payudara, BUKAN puting. Jadi, pastikan mulut bayi anda memenuhi sebahagian besar bahagian areola.

Minggu ke-3 dan seterusnya akan memberi lebih keselesaan kepada anda dan bayi kerana badan anda akan semakin biasa dengan penyusuan dan bayi anda sudah mampu melekap dengan betul. Beikan masa sebulan untuk diri anda membuktikan bahawa anda BOLEH!!!

SYABAS!!!


Next entry...PERLUKAH VITAMIN @ SUPPLEMENT dalam membantu process penyusuan.