Sunday, September 13, 2015

Karate : "KATA"

Assalamualaikum.

Minggu ni, dah start belajar "KATA". Apa itu "KATA"?  KATA ni sebenarnya 'art' of karate. Dalam KATA nilah tersimpannya teknik-teknik karate.

KATA juga boleh membantu anak-anak untuk meningkatkan daya ingatan mereka. Di samping itu KATA juga dapat membantu meningkatkan daya koordinasi anggota badan.

karate

Untuk grading kali pertama (dari white belt naik ke yellow belt),  students perlu mumtaz 4 "KATA".  

Tapi... ada juga kes-kes di mana, students Boleh terus double promotion naik ke "green belt" --> perlu lebih latihan dan semangat dalam diri. Perlu lebih "feel" orang kata. Hihi.

Video lagi. 1st KATA. Ni hanya 1/4 ye. Blom complete lagi.
Chayyok2 abang Ilman dan kawan-kawan.

1) Daichi Dosa



Wednesday, September 9, 2015

Sufi

Assalamualaikum.

Dah 3 bulan lebih. Baru nak bukak cerita pasal dia. Ya dia, "sayang ummi no.3" bak.kata Ruhil.

Ruhil: Ummi, ummi, sayang ummi dah bangun.
Ummi: Sayang ummi?
Ruhil: Sayang Ummi no.3. Dah bangun. Kakak tak buat pun (.awal clarify takut kene marah)
Ummi: oooo...abis kakak sayang ummi no. Berapa?
Ruhil : no.2 sambil sengeh.
Ummi : Sayang Ummi no. 1 sape?
Ruhil : Sengeh lagi. Hmmm Abbang!!!

Ok berbalik pada cerita Sayang Ummi no. 3 ni.

Nama pilihan : Naurah Sufi
DOB : 25052015
Berat : 3.3 kg. Sama ngan kakak ruhil

Asalnya schedule operate 27052015. (Sepatutnya 18052015), tapi memandangkan Doctor yang sepatutnya operate ummi tuh pergi US ( konvokesyen 2 orang anak dia kat sana), so dischedulekan 27052015.

Tapi memandangkan 2.30 am 25052015 tuh dah bleeding, terus ke klinik dan bila buat ctg, dah 3minit sekali contraction. Terus emergency caesor kul 5.30am.
1st time sorang2 masuk OT tanpa ditemani abi diaorang. Sebab xde orang yang nk jagakan Ilman dan Ruhil. Tapi tenang jugakla, sebab sepanjang operation tuh Doctor yang bertugas(Doctor Nazri) pasang surah al kahfi.

Betul-betul azan subuh dengar suara si Sufi ni sekali. Pastu senyap. Pastu doctor iqamatkan. Lepas iqamat tuh baru Sufi sambung nangis.

Dan masa pantang si Sufi ni paling mencabar kot. Sebab di wajibkan semua yang bersalin secara czer kene amik suntikan Heparenol (untuk cair darah). 7 hari berturut-turut. 2 kali sehari. Penat sangat rasanya sebab tiap kali nak inject kene g klinim terdekat. Tu blom kira 14 kesan lebam kat peha dan bahu.

Tapi tak apa, keranamu anak. Cheeewah.

Masa Sufi ni jugak, for the first time, bukak buku rekod anak dengan hospital kerajaan. Selama ni dok pakai yang swasta je. Bukan apa, sebab tak suka nak.amik cuti untuk g vaksin anak. Tapi masa Sufi ni, klinik swasta memang ketandusan stok vaksin. Asyik takdeje. So decide pergi klinik desa jela.

Yang bestnya, baru tahu, klinik desa punya check up untuk anak2 lagi best nak banding ngan swasta. Lagi menyeluruh. Hihi. Dan nurse yang bertugas kat klinik desa selayang tuh semuanya baik-baik. Dan kebanyakannya ore klate. Hihi.

Tahniah nurse!!! I like..

Jom kita teruskan Breastfeeding Journey dengan Sufi plak. Nak baca details pasal Breastfeeding, sila klik SINI




Monday, September 7, 2015

Ilman graduation photoshoot session

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.

Sedar tak sedar dah nak masuk 6 tahun dah umur anak sulong Ummi. Walau dah ada adik 2 orang, tidur masih mau bertepuk. Kalau tak memang x lena. Kiri tepuk Ilman. Kanan tepuk Ruhil. Nasib baik Sufi tidur awal. 

Tahun depan dah sekolah rendah. Baru2 ni ada photoshhot untuk anak2 tadika 6 tahun. Kira photoshoot graduation untuk diaorg la ni. Walaupun sessi persekolahan blom habis lagi..hihi.

Saja menulis kat sini sebab nk simpan gambar2 tu. Kebtulan terjumpa gambar2 ni dari wassap group sekolah tadika Ilman. Jadi sebelum terpadam (sebab tadi dalam process clearkan gambar2 dalam wassap), baik simpan kat sini. Bolehla Ilman tgk bila dah besar nanti. Hihi.

Tak silap gambar ni di ambil 26hb May 2015. Time ni Ummi masih kat ward bersalin kan Sufi.


Senyup tutup mulut. Cover gigi depan dah berlubang. Hihi. Apapun abang ilman tetap ensem di mata Ummi. 


Bersama tecer2 yang banyak menyumbang jasa dari 4 tahun. Even tevec zaida dan tecer ani (yang duduk kat yengah2 tu) jaga ilman dari umo 10 bulan. Terima Kasih tecer.


Haha..siap baling2 topi lagi. Ummi grad engineering pun takde topi (zaman ummi konvo kat UIA memang takde pakai topi)


Happy je diaorang kan.

Semoga jadi anak2 yang Soleh dan Solehah semua anak2 Tadika Pelangi Kreatif Magnaville. Jadi anak yang berbakti pada Agama dan kedua Orang tua. Jadi anak yang beriman dan bertaqwa pada Allah. Jadi anak yang rajin belajar dan bijak. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita. Amin.

Sunday, September 6, 2015

Kelas Karate Ilman

Salam semua.

Ahad, 6 September 2015 genap sebulan Ilman join kelas karate dengan Abi dia. Asalnya memang dia yang suarakan nak "berlatih". Dia memang panggil kelas karate tu berlatih. Masa kecik2 dulu memang xde langsung minat dia nak belajar. Kalau tye mesti.alasan dia..tunggu dia 7 tahun. Tup, tup blom pun genap 6 tqhun dai dah suruh abinya belo baju karate. Nak berlatih katanya. Bila dia sendiri yang kata nak..abi dia pun lagi bersemangat nak ajar. Pulak abi dah tukar keje . Weekend abi memang free.

Ni masa 1st class.Ilman sorang je. Abaikan yellow belt tuh.


Sebabnya white belt Ilman ada orang lain yang pakai. Huhu. Cik ruhil yang pakai.


Minggu ke dua. Ada pertambahan ahli. Cik Ruhil adalah ahli yang tidak di record. Hihi


Dah nampak bunga2 keseragaman. Mamg betullah. Mengajar anak2 sekarang challenge nya lebih. Ni tanpa kehadiran Damia Zulaikha sebab mamanya penat Dok upgupgrade ah. Lagipun jauh tu dari Bangi. Hihi

Belanja video satu. 


 Next week kita update lagi.