Assalamualaikum.
Dah 3 bulan lebih. Baru nak bukak cerita pasal dia. Ya dia, "sayang ummi no.3" bak.kata Ruhil.
Ruhil: Ummi, ummi, sayang ummi dah bangun.
Ummi: Sayang ummi?
Ruhil: Sayang Ummi no.3. Dah bangun. Kakak tak buat pun (.awal clarify takut kene marah)
Ummi: oooo...abis kakak sayang ummi no. Berapa?
Ruhil : no.2 sambil sengeh.
Ummi : Sayang Ummi no. 1 sape?
Ruhil : Sengeh lagi. Hmmm Abbang!!!
Ok berbalik pada cerita Sayang Ummi no. 3 ni.
Nama pilihan : Naurah Sufi
DOB : 25052015
Berat : 3.3 kg. Sama ngan kakak ruhil
Asalnya schedule operate 27052015. (Sepatutnya 18052015), tapi memandangkan Doctor yang sepatutnya operate ummi tuh pergi US ( konvokesyen 2 orang anak dia kat sana), so dischedulekan 27052015.
Tapi memandangkan 2.30 am 25052015 tuh dah bleeding, terus ke klinik dan bila buat ctg, dah 3minit sekali contraction. Terus emergency caesor kul 5.30am.
1st time sorang2 masuk OT tanpa ditemani abi diaorang. Sebab xde orang yang nk jagakan Ilman dan Ruhil. Tapi tenang jugakla, sebab sepanjang operation tuh Doctor yang bertugas(Doctor Nazri) pasang surah al kahfi.
Betul-betul azan subuh dengar suara si Sufi ni sekali. Pastu senyap. Pastu doctor iqamatkan. Lepas iqamat tuh baru Sufi sambung nangis.
Dan masa pantang si Sufi ni paling mencabar kot. Sebab di wajibkan semua yang bersalin secara czer kene amik suntikan Heparenol (untuk cair darah). 7 hari berturut-turut. 2 kali sehari. Penat sangat rasanya sebab tiap kali nak inject kene g klinim terdekat. Tu blom kira 14 kesan lebam kat peha dan bahu.
Tapi tak apa, keranamu anak. Cheeewah.
Masa Sufi ni jugak, for the first time, bukak buku rekod anak dengan hospital kerajaan. Selama ni dok pakai yang swasta je. Bukan apa, sebab tak suka nak.amik cuti untuk g vaksin anak. Tapi masa Sufi ni, klinik swasta memang ketandusan stok vaksin. Asyik takdeje. So decide pergi klinik desa jela.
Yang bestnya, baru tahu, klinik desa punya check up untuk anak2 lagi best nak banding ngan swasta. Lagi menyeluruh. Hihi. Dan nurse yang bertugas kat klinik desa selayang tuh semuanya baik-baik. Dan kebanyakannya ore klate. Hihi.
Tahniah nurse!!! I like..
Jom kita teruskan Breastfeeding Journey dengan Sufi plak. Nak baca details pasal Breastfeeding, sila klik
SINI