" SEMUA IBU MAMPU MENYUSUKAN ANAK ". Ungkapan ni amat penting untuk memberi motivasi pada semua bakal ibu.
Di awal kelahiran bayi, jangan bertangguh untuk terus memperkenalkan puting susu anda kepada bayi anda. JANGAN berharap susu anda akan keluar mencurah2 pada ketika ini. JANGAN panik jika anda hanya melihat cecair kuning keemasan sahaja menghiasi puting susu anda. Itulah colostrum, cecair yang akan memberi perlindungan yang amat penting kepada bayi. Ianya memang sedikit, tapi percayalah, itulah dos yang diperlukan oleh bayi anda!!! Apa yang penting, teruskan menyusu setiap kali bayi anda terjaga.
Susu berwarna putih atau mungkin kelihatan sedikit kuning keemasan akan keluar pada hari ke-2 kelahiran dan berterusan sehingga 2 minggu. Pada ketika ini kekerapan bayi anda menyusu akan semakin bertambah. (1-2 jam sekali). Payudara mungkin akan membengkak dan mengeras. JANGAN bimbang, kekerapan penyusuan kepada bayi atau tuam payudara anda dengan pek ais boleh mengurangkan bengkak.Anda juga mungkin akan mengalami masalah puting susu berdarah. Ini adalah kerana pelekapan mulut bayi anda pada payudara tidak betul. INGAT, bayi menyusu di payudara, BUKAN puting. Jadi, pastikan mulut bayi anda memenuhi sebahagian besar bahagian areola.
Minggu ke-3 dan seterusnya akan memberi lebih keselesaan kepada anda dan bayi kerana badan anda akan semakin biasa dengan penyusuan dan bayi anda sudah mampu melekap dengan betul. Beikan masa sebulan untuk diri anda membuktikan bahawa anda BOLEH!!!
SYABAS!!!
Next entry...PERLUKAH VITAMIN @ SUPPLEMENT dalam membantu process penyusuan.
No comments:
Post a Comment