Thursday, June 6, 2013

VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Perlu ke vitamin/ makanan tambahan untuk menambah kuantiti susu?

Sangat penting untuk mommies sekalian memahami konsep asas penyusuan. " LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN / LEBIH KERAP SESI PERAHAN, LEBIH BANYAK SUSU AKAN DI HASILKAN". Pastikan jugak anda mengosongkan payudara anda setiap kali sesi perahan / penyusuan. Ini dapat membantu penghasilan susu yang lebih cepat.

Selalu di salah anggap bahawa pengambilan vitamin / susu tambahan boleh menambah kuantiti susu. TIDAK sesekali ye puan2 sekalian. Jangan sesekali tersalah anggap!!!

TAPI...
pengambilan vitamin dan susu tambahan amatlah penting bagi memastikan tubuh badan mommies sekalian sihat dan sentiasa bertenaga. Ini secara langsung dapat membantu penghasilan susu untuk si kecil anda.

KEMURUNGAN, TEKANAN, dan KELETIHAN...boleh menyebabkan penghasilan susu anda merudum. Jadi, untuk memastikan anda dapat membekalkan susu optimum untuk bayi anda, anda harus sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat untuk menyusukan/ membekalkan susu unuk bayi anda.

Di sinilah pentingnya vitamin / makanan tambahan untuk memastikan anda dapat membekalkan susu yang secukupnya untuk bayi sihat. Mommies sihat dan cergas menjamin kejayaan penyusuan kepada bayi.

Sila lawati untuk vitamin ibu menyusu.
Vitamin untuk ibu menyusu











No comments:

Post a Comment